mimpi lepas asar

Asalamualaikum kawan :) aku saja nak cerita yang sejak dua menjak ni aku selalu sangat jadi burung hantu , suke sangat tak tido sampai esuk pagi . kadang kadang tak tido 2hari . aku pon tak tahu kenapa , mata pon dah naik bengkak dah . Nak tahu rutin aku buat apa je malam malam ? Mula mula aku pergi makan lepak lepak bersembang sembang bergossip gossip dengan member sampai la kedai tu nak tutup dalam kol 4 tu . Lepas tu tak tahu nak buat apa lagi pergi main snooker *main je sumpah tak berjudi . lepas main snooker tu lepak dekat jambatan dalam afamosa , aku suke lepak kat situ sebab suasana nye best . Kadang kadang polis bantuan datang ingat kita buat bukan bukan kat situ . tah apa apa tah -.- lepak punye lepak punye lepak sampai la matahari terbit , lepas tu pergi la sarapan dulu baru la balik rumah . aku balik rumah pon bukan nye terus tido . aku takot tak pergi kelas je so aku pon stay la sampai la aku habis kelas .



time ni nak pergi sarapan :)

saja buat macam ni teringat dak dak perempuan suke buat style kangaroo




Okay bukan benda ni aku nak ceritakan sebenarnye , yang aku nak cerita kan sekarang ni aku dapat macam macam mimpi pelik lepas aku tido tuhh . Ada sekali aku tido lepas zohor then aku terjaga time azan asar . nak tahu kenapa ? Aku mimpi yang aku akan mati tak lama lagi , serius ! aku bukan main main . Ada sekali lagi aku mimpi time yang sama tapi mimpi ni macam betol sebab aku terasa belah pusat aku berketar , dalam masa yang sama azan asar tengah berkumandang . Sebab apa aku cakap macam tu sebab aku ada baca satu artikel pasal tanda tanda 100hari sebelum mati so aku tak tahu nak buat macam mana . Aku tak tahu yang aku rasa tu time mimpi ke betol2 aku rasa . Aku tahu amalan aku tak cukup , dosa aku banyak . Tapi yang buat aku mengalir air mata lepas bangun sebab  aku mimpi pasal ayah aku meninggal . aku dah lupa dah mimpi aku macam mana . aku cakap dengan member aku , member aku cakap call la ayah kau tapi aku takde kredit :'( 

Aku just anggap benda ni hanya permainan syaitan dalam tido aku je , Hanya permainan mimpi . Aku harap sangat benda ni tak betol . aku tak bersedia lagi untuk sume nihh . 

Lastly , aku nak mintak maaf kat sume yang kenal aku . aku risau tak sempat je . baik aku cakap sekarang :'(


4 comments:

sweetlove said...

Orang dulu-2 kata, kalau kita mimpi orang meninggal. Or kita yang meninggal. Kita panjang umur :) Insyaallah tak ada apa2

Asrieq Shah Hazieq said...

aminnn . hope macam tu la . okay thanks sebab bagi kita semangat :')

miess mai said...

ko ta dee papee laa weyh .. jgn pk sangad bende uhh .. insyaallah ko baik baik jee :)

Asrieq Shah Hazieq said...

okay thanks :)